Memasuki kawasan mewah seperti di Kuantan sudah pasti terdetik di hati mana mungkin dapat menikmati hidangan enak tanpa berbelanja besar.
Namun jangan
terkejut di Bandar Indera Mahkota atau Jalan IM7 anda akan jumpa sebuah
restoran yang menyediakan pelbagai hidangan lauk pauk saling tidak tumpah
seperti hidangan yang disajikan “ibu di rumah”.
Oleh sebab
itu, restoran ini diminati ramai sehingga menjadi bualan penduduk tempatan
sehingga tertariknya minat Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Ustaz Dato' Bentara
Kanan Dato' Ahmad Yaacob untuk turut merasai kelazatan masakan kampung kami.
Beliau semasa
menikmati hidangan tengah hari bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang
lain sangat berpuas hati dengan menu-menu yang dihidangkan bersama-sama
ulam-ulaman yang segar kehijauan. Sinar yang terpancar di wajah YAB Ustaz sudah
cukup untuk mengambarkan bahawa beliau sangat-sangat menikmati hidangan yang
dihidangkan.
Inilah yang
dinamakan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami!
Jadi setiap kali anda berada di Kuantan, pastikan anda singgah di Restoran Fatih Ayam Kampung untuk merasai sendiri keenakan makanan yang disajikan dengan cara dan kelas yang tersendiri.
Comments