Skip to main content

FATIH AYAM KAMPUNG PILIHAN SELEBRITI MALAYSIA

Daerah Kuantan merupakan ibu negeri bagi Pahang Darul Makmur yang pastinya memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain yang terdapat di negeri ini. Di samping itu, kebanjiran tempat makan yang menarik juga agak mustahil untuk habis teroka.

Yang menariknya, sebagai warga Kuantan, anda tak perlu risau untuk memilih tempat makan yang sesuai mengisi perut lapar anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Ini kerana kami di RESTORAN FATIH AYAM KAMPUNG mampu memenuhi selera anda dengan masakan-masakan kampung yang luar biasa enaknya.

Hal ini kerana Fatih Ayam Kampung merupakan tempat pilihan orang ramai semenjak dibuka beberapa bulan lalu. Tambahan lagi, artis-artis turut tidak ketinggalan kerana semenjak dibuka nama nama besar seperti Datuk Fizz Fairuz dan isteri Datin Almy Nadia, Pelawak terkenal tanah air dan pelakon Hantu Kak Limah, Ropie Cecupak dan pelakon terkenal seperti Ridzuan Hashim atau lebih dikenali dengan gelaran kerana wataknya dalam KL Gangster turut pernah bertandang ke Restoran Fatih Ayam Kampung.

Dalam pada, ramai lagi artis-artis lain seperti Danny X-Factor dan pemain gitar Akim and The Majistret, Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan Kodi Mentor Milennia juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba masakan di restoran kami. 







Alhamdulillah dan syukur diucapkan di atas maklumbalas positif dari mereka. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian untuk menikmati juadah makan tengah hari istimewa di Restoran Fatih Ayam Kampung.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-IHSAN DI FATIH AYAM KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM WBT Alhamdulillah. Pada bulan ramadhan yang lalu kami sempat berkongsi rezeki Allah taala bersama dengan anak-anak yang tidak bernasib baik untuk bersama-sama berbuka puasa di Fatih Ayam Kampung. Kami mengadakan majlis ini sempena mengingati insan-insan yang tidak bernasib baik yang berada diluar sana untuk sama-sama menikmati kemanisan dan kenikmatan bulan Ramadhan di samping kita juga perlu ingat bahawa setiap insan perlu dihargai. Yang baik datangnya dari tuhan yang satu, Allah SWT dan segala keburukan dan kekurangan datangnya dari kami.