Memasuki kawasan mewah seperti di Kuantan sudah pasti terdetik di hati mana mungkin dapat menikmati hidangan enak tanpa berbelanja besar. Namun jangan terkejut di Bandar Indera Mahkota atau Jalan IM7 anda akan jumpa sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan lauk pauk saling tidak tumpah seperti hidangan yang disajikan “ibu di rumah”. Oleh sebab itu, restoran ini diminati ramai sehingga menjadi bualan penduduk tempatan sehingga tertariknya minat Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Ahmad Yaacob untuk turut merasai kelazatan masakan kampung kami. Beliau semasa menikmati hidangan tengah hari bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain sangat berpuas hati dengan menu-menu yang dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman yang segar kehijauan. Sinar yang terpancar di wajah YAB Ustaz sudah cukup untuk mengambarkan bahawa beliau sangat-sangat menikmati hidangan yang dihidangkan. Inilah yang dinamakan kepuasan pelanggan adalah keut...
Restoran Fatih Ayam Kampung merupakan tempat makan yang bersajikan masakan kampung disamping keunikkan rasa yang luar biasa.